Wednesday, January 30, 2019

PERSONALITI PLUS (MALAY)

PERSONALITI +

Di dalam kehidupan, terdapat empat jenis personaliti berbeza yang ada pada manusia. Setiap orang akan memiliki satu personaliti. Antara empat personaliti itu ialah api, tanah air dan juga angin. Keempat-empat personaliti berikut mempunyai cir-ciri yang tersendiri.

API

Elemen api lebih kepada mereka yang berani untuk mengambil risiko. Antara sifat-sifat yang ada pada elemen api adalah :-
  • kreatif
  • dinamis
  • aktif
  • inovatif
  • suka bersuara
  • suka mengambil risiko

Kelebihan :

Antara kelebihan elemen api adalah mereka cepat mengadaptasikan diri apabila mereka masuk ke tempat baru. Mereka sering mendapat perhatian, dan jika perlu, mereka akan bersaing untuk menunjukkan siapa yang terbaik. Sifat mereka yang berani mengambil risiko membuatkan orang yang lain kagum.

Kelemahan :

Kebanyakan mereka yang mempunyai elemen api hanya suka mencari kawan atau teman yang boleh membuat mereka untung. Emosi api yang membara ternyata hanya untuk mendapatkan perhatian dan menunjukkan siapa yang terbaik. Mereka juga suka menyakitkan perasaan orang lain demi mendapatkan apa yang mereka mahu.

//Elemen yang sesuai untuk elemen api ialah air kerana mereka boleh menenangkan api saat api tidak dapat dikawal.


Air

Elemen air lebih kepada mereka yang suka berimaginasi. Antara sifat-sifat yang ada pada elemen air adalah :-
  • emosional
  • sensitif
  • penyayang
  • mudah tersentuh
  • bernaluri tajam
  • mempunyai daya imaginasi yang tinggi
  • kreatif

Kelebihan :


Antara kelebihan elemen air ialah mereka sentiasa terlihat tenang dan berkeyakinan diri. Mereka terkenal dengan pergaulan mereka yang tenang yang boleh membuatkan orang sekeliling berasa selesa di samping mereka. Salah satu sifat menonjol mereka ialah mereka tidak ragu-ragu untuk membantu orang yang susah kerana sifat mereka yang mudah tersentuh dan sensitif itu. Walaupun nampak santai, elemen air memiliki potensi luar biasa untuk mencapai matlamat. Tidak mengejutkan sekiranya mereka berjaya dalam bidang karier mahupun percintaan. Kuncinya hanya kombinasi kecerdasan otak dan mengambil peluang di depan mata.

Kelemahan :

Elemen ini suka bergurau namun tidak suka apabila diri mereka dijadikan bahan ketawa. Mereka suka berdendam dan akan membalasnya yang kadang-kadang kita tidak sedar. Sekiranya mereka tidak dihargai, mereka sanggup untuk membuat orang lain berasa tidak tenang. 

//Elemen yang sesuai untuk elemen air ialah api kerana boleh menyeimbangkan keduanya walaupun berbeza pendapat.

Tanah

Elemen tanah lebih kepada mereka yang suka bekerja keras. Antara sifat-sifat yang ada pada elemen tanah adalah :-
  • merendah diri
  • well organized
  • bermatlamat
  • bekerja keras
  • boleh dibawa berbincang
  • penuh dedikasi

Kelebihan :


Antara kelebihan elemen tanah ialah mereka tidak membuang masa. Mereka juga lebih suka berada di belakang daripada menonjol di depan umum sesuai dengan sifat mereka yang merendah diri dan pemalu. Elemen tanah tidak perlu susah-susah untuk mencari kawan kerana orang sekeliling suka akan sifat keperibadian mereka. Sebagai rakan tempat kerja, elemen tanah memang mudah dibawa bincang untuk menghadapai saat sukar bersama-sama. Sanggup mengorbankan kesenangan peribadi, untuk memberikan yang terbaik kepada orang sekeliling mereka. Kebanyakan tanah mampu mencapai puncak karier. Beruntungnya, kejayaan mereka itu selalu mendapat sokongan penuh oleh semua orang.

Kelemahan :

Walaupun terlihat seperti tidak suka dipuji, sebenarnya mereka sangat menikmatinya. Bagi mereka, pujian merupakan semangat untuk mereka meningkatkan kepercayaan diri. Tanah juga bisa menjadi pengkhianat terselubung jika mendapat kepercayaan berlebihan dengan alasan ingin menunjukkan teori mereka betul. Perhatian tanah yang terperinci boleh membuatkan orang sekeliling tidak senang. Jika tidak bisa mengikuti kerja mereka, mereka lebih memilih untuk bekerja sendiri.


//Elemen yang sesuai untuk elemen tanah ialah angin kerana angin fleksibel untuk melayan karenah tanah.


Angin

Elemen angin lebih kepada mereka yang mudah untuk beradaptasi. Antara sifat-sifat yang ada pada elemen angin adalah :-
  • energik
  • multitasking
  • mudah bergaul
  • elegen
  • pandai berkomunikasi
  • semangat berpasukan

Kelebihan :



Kelemahan :




//Elemen yang sesuai untuk elemen tanah ialah angin kerana angin fleksibel untuk melayan karenah tanah.

No comments:

Post a Comment

IONIC PASS PARAMETER

 To pass parameter to next page, first we need to make sure that we have 2 pages which is page from and page to. In page from ts file, you h...